» » PANAS:Cerita di sebalik "Keganasan UMNO" kepada GM13.. Kenapa GM13??



GM13 sedang memberi risalah memburukkan PM


Kiri kanan pasang bodyguard siot. Macam ni ke masuk kampung orang 


Bodyguard GM13 pakai tactical boot dan tactical pant (askar habissssss)




Bawa si Adam 'Sime Darby Korek Minyak' Adli ni buat apa




GM 13 sedang merancang untuk membuat provokasi terhadap penduduk setempat


Sekarang tengah kecoh dengan kononnya peristiwa mahasiswa diserang oleh samseng UMNO. Jadi aku di sini mengambil kesempatan ini untuk menceritakan sedikit perkara yang telah berlaku (aku akan cuba ceritakan sepenuhnya bila tiba masanya). Untuk perhatian umum, mereka yang telah dilabel sebagai kononnya 'SAMSENG UMNO' merupakan penduduk penduduk di kawasan Pekan. Oleh disebabkan mereka rata-ratanya orang UMNO, maka mereka dilabel sebagai samseng UMNO. 

Yang pertamanya, penduduk kampung tidak marah dengan kedatangan pelawat ke kampung mereka waima sesiapa pun, walau bagaimanapun, sebagai seorang melayu Islam yang kaya dengan adat dan sopan santun, apalah salahnya, bila masuk kampung orang, perkenalkan diri kepada pemimpin tempatan di situ termasuklah Yang Berhormat yang menjaga kawasan di situ. 

Bukannya datang masuk kampung orang, buat ceramah menghasut, menyebarkan risalah memburukkan Perdana Menteri Dato Seri Najib, bila diajak minum berbincang oleh Yang Berhormat kawasan tersebut, mereka sekeras kerasnya membentak, menolak ajakan Yang Berhormat tersebut dengan memberi alasan bahawasanya mereka 'Mahasiswa' tidak makan duit haram UMNO. Sebagai seorang manusia biasa, yang mengajak dengan niat baik tetapi bila diperlakukan sebegitu rupa, sudah tentu akan marah. Mahasiswa tersebut beruntung yang mengajak itu adalah Yang Berhormat dan bukannya orang tua biasa,sebab kalau orang tua biasa, aku rasa dah lama makan penampar Jepun. 

Yang keduanya, berikutan dengan isu kononnya samseng UMNO mengepung mereka dengan menggunakan parang, sekali lagi di sini aku nak jelaskan perkara yang sebenar. Perkara yang sebenar adalah mahasiswa ini didatangi oleh seorang pakcik yang baru selesai pulang daripada berkebun disuruhnya balik GM 13 ni oleh pakcik tu, adat orang pergi berkebun, menyabit, mencantas semak samun menggunakan parang atau sabit. Pada waktu itu di pinggangnya tersisip kemas sebilah parang, maka dikatanya mereka di kepung oleh samseng bersenjatakan parang. Apa ni? Semudah itu yang lain ditipu oleh propa murahan? 

Yang ketiganya, datang tempat orang, bila orang dah bagi signal tak suka, takkan tak faham -faham lagi? Berambus lah dengan aman, ini tidak, datang dan bergerak secara gerombolan kemudian rempuh penduduk yang sedang berkawal. Kemudian bila tak dapat masuk dan dihalang oleh Pengurus Felda Cini, GM13 kemudiaanya mempersoalkan apa hak mereka untuk menghalang kedatangan GM13 ke Felda Cini. Aku di sini nak minta sangat sangat lah supaya sebelum GM 13 ni bertanyakan tentang hak mereka, tanya dulu tentang hak penduduk Felda Cini untuk menghalang individu yang cuba datang ke kampung mereka dan membawa mesej-mesej yang berunsurkan menghasut supaya berpecah belah. Takkan benda semudah itu tak faham? 

Yang keempatnya, kehadiran GM13 bukanlah untuk 'menjual' bakal bakal calon PRU 13 nanti tetapi hanyalah sebagai satu gerakan untuk meraih simpati, di samping itu memastikan nama baik UMNO terpalit dengan memainkan isu seperti mereka dipukul  oleh samseng UMNO sampai baju terkoyak (yang kena pukul pon rambut pailang,tapi dah kena mengadu), zalim, dikepung oleh samseng UMNO yang berparang dan sebagainya.

Cukuplah setakat ni je aku cerita, aku malu tengok melayu nih, bila sama sama melayu bukan main 'tayang' baju masing masing, nak tunjuk siapa lagi pailang dengan rambut serupa gengster afrika tu, aku cakap tak payah lah. Kalau setakat nak sembang PUKIDA, PURKIDA, PERKASAM dalam twitter konon kutuk tapi masing masing ceroboh kampung orang 'tayang' baju nak tunjuk siapa paling gengster, aku nasihat, berenti berentilah, hormat lah si tuan rumah.  

Akan ada lagi update dari aku, tentang bagaimana handphone yang merakam aktiviti biadap GM13 ini dirampas dan dipijak pijak untuk hapus bukti dan banyak lagi untuk di nilai bersama. Update akan menyusul.



p/s - Nampak luar je bukan main pailang, padahal masuk markas Pas bukan main merayu nak balik rumah sebab dah tak tahan... kah3... Dan Ya telah diconfirmkan, GM13 bergerak balik rumah malam tadi naik bas 1Malaysia.....kah3...
KLIK SINI 

Semasa PM datang Terengganu baru-baru ini (klik sini) ada sekumpulan yang kononnya mahasiswa cuba membuat kacau di sekitar Riyaz Heritage dan kononnya cuba membela nasib kawan-kawan mereka yang datang tidak diundang di Parlimen Pekan

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply