Seorang peniaga rokok yang membakar dirinya di sebatang jalan di sini kelmarin meninggal dunia semalam akibat melecur teruk, kata seorang pegawai perubatan.
Pengarah Pusat Melecur Ben Arous, Imed Toiuibi berkata, peniaga itu, Adel Khadri, 27, mati pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan kerana melecur teruk.
Menurut beberapa pegawai, Khadri yang berasal daripada sebuah keluarga yang amat miskin di Jendoubam, barat laut Tunisia tiba di sini beberapa bulan lalu untuk mencari pekerjaan.
Dia dilaporkan membakar diri di depan sebuah bangunan pentadbiran di Habib Bourguiba Avenue di sini.
Menurut seorang saksi, Khadri memberitahu, dia terpaksa menjual rokok kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Saksi itu berkata, dia menyebut Allahuakbar sebelum bertindak membakar dirinya. Beberapa anggota keselamatan dan pejalan kaki kemudian cuba memadamkan api pada tubuh lelaki tersebut.
Klik SINI
Pemuda bakar diri sendiri maut

No comments: