» » » PR Akan Jemput Jacel Ke Sabah Bincang Tuntutan


jacel_kiramKEENGANAN kerajaan BN melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat ke dalam perbincangan meja bulat untuk menyelesaikan krisis Lahad Datu ini, ternyata satu kesilapan yang telah memakan begitu banyak korban.
Memetik kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencerobohan di Lahad Datu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan segera kalau pimpinan Pakatan Rakyat dibawa berbincang.
Kesombongan dan keangkuhan BN untuk menyelesaikan krisis ini tanpa penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat, telah menyaksikan krisis masih berterusan sehingga kini dan bakal mengorbankan lebih banyak nyawa, terutama dari kalangan tentera diraja Sulu.
Terpanggil dengan keinginan itu (menamatkan krisis dengan segera), pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara memutuskan untuk menjemput Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram ke Sabah bagi membincangkan soal tuntutan ini dalam jangka masa terdekat.
Pakatan Rakyat juga bersedia  membincangkan soal tuntutan Sultan Jamalul Kiram III supaya kerajaan Malaysia menaikkan kadar  bayaran ceded money (wang penyerahan Sabah) yang setakat ini hanya pada kadar RM 5,300 setahun.  Betul juga, apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak itu zaman ini?
Demi keselamatan rakyat dan mengelak insiden sama berulang, laman ini dimaklumkan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan, bersedia membayar sejumlah USD 100,000 setahun kepada waris kesultanan Sulu atas dasar kemanusian, jika berjaya mengambil alih Putrajaya dari tangan BN nanti.
Walaupun cadangan ini khabarnya dibantah DAP yang berpandangan Malaysia tidak perlu membayar ceded money itu lagi, tapi Pakatan Rakyat memutuskan, untuk jaminan keselamatan rakyat Sabah terutama di kawasan pantai timur negeri tersebut, bayaran ini perlu diteruskan dan dinaikkan, sesuai dengan peredaran zaman.
Lagipun Pakatan Rakyat terikat dengan perjanjian yang mewajibkan mana-mana pihak pun yang menguruskan Sabah, perlu membayar wang ini kepada waris Kesultanan Sulu yang sah.  Kegagalan melaksanakan perjanjian ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dan mengundang campur tangan pihak asing.
Dengan hasil Sabah yang begitu lumayan sekarang, nilai itu dikirakan pimpinan Pakatan Rakyat sebagai terlalu kecil.  Nyawa dan keselamatan rakyat Sabah adalah jauh lebih bernilai dari wang itu.
Hal-hal lain yang berkaitan akan diperincikan serta mungkin dimuktamadkan dalam pertemuan dengan Puteri Jacel Kiram ini nanti.
Pakatan Rakyat telah mengutus surat kepada Puteri Jacel Kiram untuk tujuan tersebut dan masih menanti balasan darinya sebelum menetapkan lokasi dan tarikh sebenar perbincangan
Sumber - Suarapakatanrakyat.com

PS: Baca, renung dan fikir-fikirlah

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply