» » Selebriti Kacak Terkenal Yang Mengaku Gay

George Michael


Penyanyi  yang memiliki wajah yang tampan dan juga digilai ramai wanita. Sayangnya, dia tidak tertarik untuk menjalin hubungan dengan wanita kerana dia adalah seorang gay.

George Michael secara terus terang mengaku dirinya adalah seorang gay ketika wawancara dengan media pada tahun 2007. Menurut Michael, selama ini dia menutup jati dirinya itu kerana dia sangat risau ibunya akan sedih jika mengetahui dia adalah pencinta sesama jenis.

Setelah mengumpulkan keberanian akhirnya penyanyi yang berasal dari UK ini mengaku dia adalah seorang gay. Dalam wawancara dengan CNN, George mengakui dia tidak ada sebarang masalah dengan penilaian serong orang ramai terhadap pengakuan tersebut.

Mark 'Westlife' Feehily


Mark Feehily membuat jutaan remaja perempuan patah hati ketika dia mengumumkan dirinya adalah seorang gay. Kebanyakan peminat salah seorang anggota Westlife itu sangat kecewa ketika Mark membuat pengakuan tersebut.

'Saya gay dan saya bangga dengannya. Saya ingin semua orang tahu tentang kebenaran kecenderungan seks saya yang menyukai lelaki,' katanya.

'Saya tak peduli dengan reaksi orang tentang saya kerana saya bangga dengan diri saya,' ucapnya.

Mark mengaku rakan-rakan dan keluarganya menghormati keputusan tersebut. Dia juga bahagia dengan pilihan hidup songsangnya itu.

'Saya ingin mengatakan saya bahagia. Saya memiliki kekasih yang membuat saya boleh tertawa. Tidak ada orang yang ingin bersendirian di dunia ini,' ucapnya.

Ricky Martin


Setelah lama menghindar dan menyembunyikan soal statusnya, akhirnya Ricky Martin memberanikan diri untuk membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang gay.

Ricky mengakui hal tersebut melalui blog peribadinya. Dia mengungkapkan bahawa ini adalah waktu yang tepat untuk membuat pengakuan terhadap rahsia yang selama ini dipendamnya. Dia berasa bahagia dan lega setelah melakukan pengakuan tersebut.

'Saya gay dan saya bangga,' ujarnya.

Ricky juga meminta para peminatnya untuk tetap mencintai dan menerima hasil karyanya. Dan keinginan Ricky itu mendapat respon yang baik dari para peminat setianya.

Adam Lambert


Sejak Adam Lambert menyertai pertandingan nyanyian American Idol 2009, ramai pihak mengatakan bahawa dia adalah seorang gay. Tetapi, Adam selalu mengelak apabila ditanya perkara itu.

Namun menjelang acara final American Idol, foto-foto Adam yang sedang bermesraan dan berciuman dengan seorang lelaki beredar di internet.

Setelah acara final American Idol selesai, tidak lama selepas itu, lelaki yang gemar berfesyen pelik ini membuat pengakuan di majalah Rolling Stone. Adam menjadi cover di majalah tersebut dan mengakui dirinya adalah gay.

'Saya gay dan saya sangat selesa dengan hal itu,' kata Adam terus terang.

Adam yakin pengakuannya itu tidak akan membuat orang ramai terkejut. Dia merasakan sudah masanya untuk dia membuka kehidupan peribadinya yang lebih tertarik pada kaum lelaki.

Clay Aiken


Satu bulan setelah mendapat anak dengan Jaymen Foster, akhirnya Clay Aiken membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak. Penyanyi ini mengaku bahawa dirinya adalah seorang gay. Dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang ayah yang gay.

'Ini keputusan saya untuk menjadi ayah. Saya tidak berfikir anak ini untuk berbohong atau menyembuyikan status saya. Bukan untuk itu,' katanya.

Bagi Clay Aiken membuat pengakuan tentang orientasi seksnya yang lebih tertarik dengan lelaki merupakan perkara yang sukar. Tidak mudah baginya untuk melakukan hal tersebut. Diperlukan persiapan yang matang dan mental yang kuat.

Clay berharap agar pengakuannya itu tidak akan membuatkan peminatnya kecewa. Dia meminta para peminatnya untuk mengerti dan memahami keputusan tersebut.

'Saya berusaha untuk tidak membohongi sesiapapun. Saya tidak mahu mereka membenci saya,' ucapnya.

Stephen Gately


Salah seorang anggota kumpulan Boyzone ini membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak pada tahun 1999. Stephen mengakui dirinya adalah gay dan sedang jatuh cinta dengan lelaki. Dalam wawancara itu, Stephen mengakui sedang menjalin hubungan dengan anggota kumpulannya, Eloy de Jong yang berasal dari Belanda, Caught in the Act.

Stephen mengakui menjalin hubungan dengan Eloy sejak tahun 1998. Dia sangat bahagia dengan hubungan cinta tersebut.

Hubungan Stephen dengan Eloy tak berjalan lancar. Pasangan ini berpisah pada Januari 2002. Setelah itu, pemilik nama Stephen Patrick David Gately ini membina cinta dengan Andrew Cowles, lelaki yang bekerja sebagai seorang usahawan internet.

Pasangan ini mengikat cinta mereka dengan ikatan perkahwinan di Las Vegas pada tahun 2003. Andrew setia mendampingi penyanyi itu sehingga ke akhir hayatnya.

[Sumber]

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply