» » “Siapa kata saya tidak dibantu oleh kerajaan?"


LAHAD DATU – Faizal Julbakri dan keluarganya tersenyum gembira ketika pertama kali menikmati ayam goreng sumbangan KFC Holding, yang diberikan kepada mangsa pencerobohan militan bersenjata dari selatan Filipina di pusat penempatan sementara di sini.

Meskipun sudah 15 tahun berhijrah ke negara ini dan bekerja di ladang kelapa sawit di Sungai Merah dengan upah RM25
sehari, Faizal tidak mampu untuk membeli makanan segera itu kerana untuk menikmatinya dia perlu ke bandar Lahad Datu sejauh 130 kilometer.
“Saya hanya dapat merasai semua ini ketika berlindung di Dewan Serbaguna Cenderawasih dengan segala kemudahan yang di luar jangka disediakan untuk saya, isteri dan anak. Kalau sebelum ini kami perlu bayar RM15 untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tetapi di sini semuanya percuma.
“Ini adalah ‘rumah’ yang paling selesa dan selamat untuk keluarga saya,” kata lelaki berusia 34 tahun dari Pulau Tawi-Tawi, selatan Filipina ketika ditemui Bernama di sini.
Berkahwin dengan Wazni Abdul Fatah, penduduk tempatan, Faizal bersyukur kerana turut menikmati segala bantuan yang disediakan kerajaan tanpa berasa dipinggirkan.
“Siapa kata saya tidak dibantu oleh kerajaan…seperti orang lain, apa yang mereka dapat saya juga dapat. Jangan buat fitnah mengatakan saya tidak dibantu. Saya selesa di sini dan terima kasih kerajaan Malaysia,” katanya dengan tegas. Klik SINI

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply