» » » » Suara Pakatan Rakyat- Bekas Komando Malaysia Pondan-Pondan Belaka


Dikesempatan yang ada ini NR ingin berkongsi satu lagi artikel kurang ajar daripada penulis suarapakatanrakyat.com. Laman portal pro pembangkang ini amat biadap lagi kurang ajar setiap artikelnya terang-terang menghina orang lain. Ikuti artikel di bawah:


LAMAN ini dimaklumkan kenyataan Naib Presiden Tian Chua yang menggambarkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, semakin mendapat sokongan hebat dari rakyat.
Walaupun kebelakangan ini tidak ada hari dimana gambar beliau tidak dipijak dan dibakar oleh majoriti tua-tua bacul-bacul pesara tentera dan polis (kebanyakan bekas komando), tapi Tian Chua khabarnya tetap ‘istiqomah‘ (betul ke ejaan?) dalam menghadapi semua dugaan dan cabaran kecil ini.
Beliau dikhabarkan tidak langsung terjejas dengan semua tindakan tersebut kerana tahu tindakan pengecut seumpama itu hanya bertujuan nak dapat glamour saja, selain dibayar. Air mata kalau ada yang menitis pun kerana sedihlah kononnya dengan kenyataan Tian Chua itu, tidak lebih dari air mata buaya.
Beliau juga masih bebas ke sana kemari tanpa halangan, tak seperti yang cuba digambarkan kebanyakkan media UMNO dan blogger mereka, kononnya YB Batu itu hidup dalam ketakutan, malah ada juga yang mengatakan Tian Chua sudah lari ke Singapura!!
Bodoh.
Kalau difikirkan semula, apa dapat bakar gambar, bukankah itu kerja sia-sia namanya?  Buat malu imej pasukan komando sahaja, nampak hebat masa bertugas, bila dah bersara berperangai macam pondan!!
Hakikatnya, sudah ada yang melihat tayangan sandiwara UMNO dalam isu ini semakin hari semakin jelas.
Contohnya semalam, sumber laman ini yang berada di Lahad Datu sejak Ahad lepas melihat sendiri 2 mayat anggota tentera diusung masuk ke Hospital selepas pertempuran kedua pada jam 10 pagi tamat. Tapi kerajaan hanya mengumumkan satu kematian kerana pertempuran dengan tentera diraja Sulu.
Manakala, satu lagi kematian kononnya kerana kemalangan sewaktu menghantar bekalan!!  Macam ada yang tidak kena.
Apatah lagi, bukan satu rahsia bahawa dari segi teknik propaganda perang, memang ada beza mati dalam pertempuran dan mati kemalangan.
Mati dalam pertempuran, walaupun boleh digunakan untuk tujuan menaikan imej politik kerajaan, tapi dalam masa yang sama mendedahkan pasukan keselamatan kepada kecaman masyarakat,bagaimana boleh mati, adakah kerana kurang latihan, cuai atau sebagainya.
Selain itu boleh juga dipersoalkan kelengkapan yang tidak mencukupi untuk melindungi semua anggota tentera tersebut semasa bertugas.  Apatah lagi, rakyat boleh lihat sendiri di kaca TV, bukan semua anggota tentera bertugas yang dilengkapi baju kalis peluru dan topi keselamatan, mana tak mati!!
Jadi teori laman ini, jalan paling baik ialah mengatakan anggota tersebut mati dalam kemalangan semasa menghantar bekalan, daripada menambah jumlah kematian akibat pertempuran.
Bagiamanpun suka dijelaskan bahawa semua itu hanyalah satu teori.  Yang penting, semua ini untuk rakyat berfikir lebih mendalam dan membuat perbandingan sebelum memutuskan kenyata
-klik SINI

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply