» » Terkini Lahad Datu : 4 Pengganas terlepas daripada kepungan

Lahad Datu : sekumpulan empat lelaki bersenjata  dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diro daripada kepungan pasukab keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di kg. Kembara Bakti, di sini selama kira2 dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagiemcari makanan petang semalam.

Ketika kejadian kira2 jam 2 petang itu, suri rumah berkenaan yang berusia 40 an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa,  kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba2 mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira - kira 25 km dari kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya di isytihar sebagai kawasan selamat.

"Sebaik memasuki rumah seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua lagi bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

"Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan." Katanya ketika ditemui.

Jirannya berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

Beliau yang terkejut dengan kejadian itu terus membantu jirannya melarikan diri sebelum melaporkan kepada polis.

Sumber : metro

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply