» » » Terkini Lahad Datu: Dalang penceroboh di tangkap

LAHAD DATU – Mat Bom.
Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.

Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggung jawab dalam ‘menyambut’ pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan lapan lelaki termasuk  Mat Bom telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply