» » » Terkini: Laporan Panas Ops Daulat

Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan beliau menafikan pihak pengganas ada menawan anggota keselamatan dan orang awam. Beliau juga tidak pasti dari mana maklumat itu diperolehi.

walau bagaimanapun keadaan sudah semakin baik penduduk sudah mula dapat membuat aktiviti harian.
Dan disini penulis ingi berkongsi beberapa keping gambar di kawasan Operasi gempur dan bersih yang masih berterusan.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply