» » » Tiada penafian Saiful diliwat!!

Tidak mampu menepis isu pencerobohan pengganas Sulu, pihak Pakatan Rakyat pastinya mengharapkan kenyataan ‘U-Turn’ bapa Saiful Bukhari, iaitu Azlan Mohd Lazim, akan dapat menyelamatkan sedikit kredibiliti Anwar yang sudah hancur lebur.

Kenyataan melalui sidang media itu berbunyi, “Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.  Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya,”  Dengan itu, beliau ingin memohon maaf dari Anwar secara terbuka dan juga secara bersemuka.

Menurut Azlan, tuduhan liwat terhadap Anwar oleh anaknya, adalah konspirasi politik.  Beliau juga secara langsung menuduh pemimpin negara dengan menyatakan, “Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang oleh pegawai khas pemimpin kanan negara”.

Beliau juga menyatakan yang beliau turut terlibat dalam fitnah tersebut dengan ‘membaca skrip’ yang disediakan atas alasan ‘sayang kepada anak’.   Bagaimanapun, Azlan tidak pula menafikan secara nyata yang Saiful telah diliwat Anwar. Klik SINI

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply