» » DI SEBALIK PEMBUBARAN PARLIMEN CUKUP TEMPOH LIMA TAHUN



Parlimen ke 12 telah dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 13 diadakan.
Ia adalah proses biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, yang memberi kuasa kepada rakyat dalam menentukan wakil dan kerajaan mereka.

Pengumuman pembubaran ini betul-betul genap empat tahun Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Itulah tarikh yang menjadi pilihan, yang sebelum ini tiada siapa pun mengetahuinya.

Inilah kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu satu pilihan raya umum diadakan.

Biasanya yang telah lalu tidak cukup tempoh lima tahun sebagaimana yang dipertuntukkan oleh perlembagaan.

Pilihan raya yang lepas diadakan pada 8 Mac 2008.

Kita boleh melihat ini sebagai suatu tranformasi baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, supaya kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah itu dapat menjalankan tugas mereka dalam tempoh yang mencukupi.

Berikutan pengumuman pembubaran itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang telus dan menjalankan tugas-tugas dengan penuh adil dan saksma berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Kalau sebelum ini ada suara-suara sumbang yang menuduh kononnya kerajaan yang ada sekarang bimbang dan takut untuk membubarkan Parlimen, tetapi ia tidak lebih sebagai cakap-cakap yang negatif tanpa mengetahui perkara sebenar.

Mereka tidak tahu akan falsafah dan tranformasi baru yang cuba diperkenalkan oleh Perdana Menteri hatta dalam sistem demokrasi dan pilihan raya di negara ini.
Rakyat seharusnya mendapat khidmat yang terbaik dalam tempoh yang mencukupi dari kerajaan yang telah dipilih oleh mereka sendiri, lima tahun yang lalu.
Kerajaan yang dipilih itu pula perlu diberikan tempoh masa yang cukup untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat, selaras dengan falsafah Janji Ditepati yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Mohd.Najib.
Para pengundi perlu ingat, memilih kerajaan bukanlah seperti kita memilih pakaian atau baju mengikut apa yang berkenan di mata atau selera hati.
Selepas pakai dan jemu kita boleh tukar kepada yang baru. Berbeza dalam soal memilih kerajaan.
Ia adalah untuk menentukan kehidupan kita selepas ini dan masa depan anak-cucu kita di masa akan datang.
Apa yang penting rakyat perlu memperteguhkan azam dan membulatkan tekad untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda transformasi negara demi kesejahteraan semua.
Negara kini melalui proses transformasi penting dan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sedang mengatur langkah untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Marilah kita memberikan sokongan padu kepada agenda transformasi negara yang sedang kita jayakan bersama ini kerana ia adalah faktor penentu kepada kesejahteraan kita di masa hadapan,
Jangan sekali-kali menjadi pilihanraya sebagai medan perpecahan dan perseteruan, tetapi ingatlah perpaduan yang kental di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama adalah kunci kepada kejayaan melaksanakan agenda transformasi negara.
Marilah kita perkukuhkan ukwah Islamiah dan perpaduan kaum dengan menghayati nilai-nilai murni yang telah sekian lama kita amalkan dan bukannya nilai-nilai perpecahan dan perseteruan yang cuba di bawa pihak tertentu.
Rakyat negara ini telah mencapai banyak kejayaan sebagai sebuah bangsa di negara merdeka yang maju di bawah kerajaan yang ada sekarang.
Kita di Terengganu juga telah menikmati pelbagai kemudahan dan kesejahteraan hasil dari pemerintahan yang berkesan dan berwawasan berfokuskan pembangunan yang mengikut keperluan rakyat.
Kita telah berjaya membangunkan negara dan negeri kita daripada sebuah negara yang berasaskan ekonomi pertanian semata-mata kepada sebuah negara perindustrian moden.

Kita juga telah berjaya membasmi kemiskinan, menyediakan peluang pendidikan yang luas kepada setiap warganegara, memacu pertumbuhan ekonomi pesat, memupuk perpaduan yang jitu di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, menjamin kestabilan politik dan memelihara keharmonian negara.
Hasil komitmen kita semua kepada usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu-padu, nama Malaysia harum di persada antarabangsa sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan stabil.
Marilah kita kekalkan suasana ini dan jangan sekali-kali terpedaya dengan tawaran pembangkang yang sekadar manis di bibir mulut.
Jangan kita mudah digula-gulakan, kerana kita di Terengganu sudah merasai perit-pedih penderitaan atau sudah serik dengan apa yang berlaku sepanjang satu penggal berada di bawah pemerintahan pembangkang.
Marilah kita pertahankan kestabilan dan nikmat kemakmuran serta kesejahteraan yang sedang kita kecapi ini, di bawah naungan kerajaan yang realistik dan bertanggungjawab dan jauhi percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melihat negara dan negeri kucar-kacir atau huru hara.
Peliharalah keamanan dan keselamatan untuk kita bersama. - Lang Bayu

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply