» » » Eksklusif PRU 13 : Rahsia yang rakyat wajib tahu! !!Part 6

Jika kita pernah ke luar negara terutamanya ke Mekah atau Madinah di Arab Saudi, apabila disebutkan kita darabg dari Malaysia pasti akan dibalas dengan Mahathir oleh rakyat negara berkenaan.
Begitulah sinonimnya atau istimewa nya Tun M di mata rakyat negara Arab Saudi maka kita pun akan dipandang hebat oleh mereka kerana kira menerima tempias atas jasa dan sumbangan Tun kepada dunia Islam.
Manusia yang berjiwa besar ini amat besar sumbangannya kepada pembangunan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia Islam sehinggakan isteri kepada Anwar Ibrahim pernah menulis surat kepada Tun  menceritakan tabiat pelik suaminya.
Namun ini kandungan surat tersebut masih dirahsiakan oleh Tun.
KUALA LUMPUR 5 April - Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.
"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.
Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.
"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.
Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.
Ps : inikah dia tabiat pelik yang dimaksudkan oleh Wan Azizah???

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply