» » » Eksklusif PRU 13 : Rahsia yang rakyat wajib tahu!!! (Part 3)

Apalah yang akan terjadi sekiranya pakatan pembangkang menguasai Putrajaya. Menagapa nr mengutarakan persoalan sebegini?
Ianya adalah kerana baru sahaja menguasai kerajaan negeri. Sudah mula tunjuk taring untuk mengaut keuntungan daripada kesensaraan dan kesusahan rakyat.
Sesunggunya pakatan wujud bukan untuk menperjuangkan nasib rakyat tetapi kewujudannya adalah untuk membalas dendam, perasaan dengki dan tamakkan harta dan kuasa.
Lihat sahaja laporan di bawah.
SHAH ALAM 4 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan sebagai 'tidak berhati perut' apabila didakwa mengaut keuntungan daripada penderitaan yang dihadapi 400 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, tindakan itu dikatakan dilakukan oleh Yayasan Selangor apabila mengenakan sewa kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM720,000 untuk penempatan sementara para pelajar maktab tersebut.
Beliau berkata, ini berikutan 400 pelajar lelaki MRSM berkenaan kehilangan tempat tinggal apabila asrama mereka terlibat dalam kebakaran pada September tahun lalu.
"Saya dimaklumkan bahawa selepas kejadian itu, Mara terpaksa mencari tempat tinggal sementara untuk 400 pelajar MRSM tersebut dan akhirnya, Yayasan Selangor memberikan tawaran untuk menggunakan asrama mereka di Ampang Pecah yang lokasinya tidak jauh dari asrama MRSM berkenaan.
"Pada masa itu, Mara menganggap tawaran Yayasan Selangor itu adalah satu bentuk bantuan penempatan sementara kepada para pelajar MRSM berkenaan ketika menunggu bangunan asrama yang terbakar itu dibaik pulih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Mara terkejut apabila selepas tempoh tiga bulan pelajar terbabit berada di asrama berkenaan, Yayasan Selangor mengemukakan bil meminta agensi itu membayar kos sewa sebanyak RM720,000.
Beliau berkata, ketika Yayasan Selangor menawarkan asrama kepada Mara, anak syarikat kerajaan negeri itu tidak memaklumkan bahawa tawaran tersebut adalah dalam bentuk sewaan.
Sedangkan katanya, dalam tempoh tiga bulan itu, para pelajar MRSM terbabit hanya menumpang katil di asrama milik yayasan itu manakala urusan makan dan minum ditanggung Mara sepenuhnya.
Noh menganggap tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan sikap, corak serta dasar kepimpinan pakatan pembangkang yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.
"Barangkali Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kononnya seorang tokoh korporat, fikirkan keuntungan sahaja, derita rakyat tidak ambil kira," bidas beliau.
Katanya, kerajaan negeri sebelum ini turut memberi tekanan kepada Mara apabila mengarahkan penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam pertengahan tahun lalu.
Katanya, selain arahan penutupan pusat latihan kemahiran itu, kerajaan negeri juga meminta Mara menjelaskan tunggakan sewa bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan jumlah hampir RM100,000.
"Semasa pentadbiran BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengenakan bayaran sewa bangunan kepada pusat latihan tersebut atas prinsip agensi tersebut berperanan membangunkan modal insan dan pendidikan rakyat negeri ini," jelasnya.-utusan
Lihat gambar di bawah.  Kewujudan ribuan pusat hiburan dan rumah urut di negeri 2 di bawah pentadbiran pembangkang menggambarkan bahawa walaupun Pas adalah sebahagian daripada parti gabungan pembangkang mereka tidak dapat menghalang pertumbuhan premis2 hiburan dan pusat2 perjudian ini.
Realitinya Pas hanya bercakap soal agama tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya. Ibarat kata pepatah arab. "Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah."

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply