» » Eksklusif PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (Part 12)


Pas sanggup lacurkan Islam kerana kemaruk kuasa


SEMUA orang tahu bagaimana hebatnya DAP menentang perjuangan Islam oleh Pas. Malahan umat Islam juga tahu bagaimana sikap DAP terhadap soal-soal berkaitan Islam.

Pemimpin DAP menentang hukum hudud, pemimpin DAP menolak dasar Islam, pemimpin DAP mencadangkan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pemimpin DAP memperkecil serta merendah-rendahkan peranan Majlis Syura Pas.

Tetapi Pas dengan senang hati tetap akan membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Tahniahlah kepada penyokong-penyokong Pas kerana memiliki sekumpulan pemimpin yang begitu berpegang teguh kepada semangat setiakawan biar pun apa juga kawan tersebut lakukan ke atas mereka.

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP tetap akan dibenarkan menggunakan lambang Pas dalam pilihan raya umum akan datang jika pendaftaran DAP dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan jelas memberikan isyarat kepada penyokong Pas untuk bersedia bekerja demi kemenangan calon-calon DAP.

Sama ada suka atau tidak, penyokong-penyokong Pas yang selama ini setia dan menyokong parti itu kerana perjuangan Islam harus memahami bahawa mereka cita-cita tersebut hanya tinggal kenangan.

Ia memandangkan kesediaan Pas membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu jelas membuktikan pemimpin-pemimpin Pas sudah bersedia memaafkan apa juga keceluparan DAP selama ini termasuklah penentangan parti itu terhadap perjuangan Islam Pas.

Kebenaran dan keizinan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pas itu juga sekali gus membuktikan secara tidak langsung bahawa Pas menerima apa sahaja kenyataan pemimpin-pemimpin DAP terhadap perjuangan Islam Pas dan mungkin atas faktor inilah Pas sebelum ini bersedia mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Justeru selepas ini, pemimpin-pemimpin Pas tidak perlu lagi membantah apa juga kata DAP mengenai soal-soal berkaitan dasar Islamnya kerana apabila Pas membenarkan DAP menggunakan lambangnya maka ia juga bermaksud Pas bersetuju dengan segala pandangan DAP dalam apa juga perkara.

Ternyata sekali lagi, demi mengejar kuasa ke Putrajaya, keluhan dan keresahan ahli-ahli akar umbi bukanlah menjadi keutamaan kepimpinan Pas. Apa yang lebih penting bagi mereka ialah menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP agar Pas tidak ditinggalkan jika benar pakatan pembangkang menawan Putrajaya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah tentulah gembira dengan perkembangan ini kerana usaha mereka sekian lama untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa antara Pas dan DAP tidak ada masalah kini sudah berjaya biar pun yang menjadi korban adalah dasar perjuangan Islam Pas.

Keadaan itu juga sekali gus akan memberi keyakinan kepada PKR bahawa orang Melayu akan turut menyokong DAP kerana DAP kini sudah menggunakan lambang Pas.

PKR tidak bersungguh-sungguh mempelawa DAP menggunakan lambang parti itu kerana amat memahami ia tidak boleh mendatangkan keuntungan politik memandangkan orang Melayu sudah menolak parti itu.

Tetapi jika calon DAP menggunakan lambang Pas, ia mungkin akan memberikan kelebihan kerana masih ramai orang Melayu menerima Pas tetapi yang akan untung ialah DAP.Mereka akan mencapai kemenangan dengan menjadikan Pas sebagai 'kuda tunggangan', akhirnya Pas juga yang akan menjadi lebai malang, menang sorak kampung tergadai. - UTUSAN ONLINE

PS: Adakah Pas rela seorang Biseksual menjadi PM?
       Adakah Pas rela mengizinkan golongan penentang Islam tegar menggunakan simbol keagungan Pas untuk   bertanding dalam pilihanraya?

Jika Pas rela maka sesungguhnya jelaslah Pas hanyalah sebuah parti yang rela melakukan apa sahaja demi kuasa politik. Biar menang sorak walaupun kampung tergadai. 

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply