» » » » Eksklusif PRU 13 : Rahsia yang rakyat wajib tahu! !!Part 8

Semakin dekat dengan pilihanraya,  semakin banyak pendedahan berkenaan komplott besar yang melibatkan Pas dan PKR.
Antara yang mengejutkan ialah seperti berikut:
PULAU PINANG 5 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta menjelaskan dakwaan wujud usaha parti itu untuk memujuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa menggalakkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa usaha berkenaan dilakukan Wan Azizah bersama anaknya Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden parti serta Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
"Menurut sumber dalaman PKR, usaha mereka bertiga mendapat sokongan jitu daripada puak 'Anwarinas' dalam Pas, malah pelbagai bantuan turut ditawarkan bagi menjayakan usaha memujuk Nik Abdul Aziz.
"Saya juga difahamkan bahawa Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan komitmen yang tinggi dan bersetuju untuk membawa perkara ini ke Majlis Syura Ulama parti itu," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Aminah lagi, antara isu lain yang dijangka dibawa dalam mesyuarat itu termasuklah penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu.
"Kemungkinan besar persetujuan ini akan diperoleh melalui proses undi dalam majlis syura," katanya.
Mengulas lanjut, Aminah berkata, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi didakwa sanggup berbuat apa sahaja dan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan politik mereka.
"Soal memilih pemimpin biseksual dianggap sebagai satu political trade off sahaja bagi mereka berdua," katanya.
Adakah pemimpin dari golongan sebegini yang menjadi pilihan Pas?

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply