» » Ekslusif PRU 13: Rahsia yang rakyat wajib tahu (Part28)

kajian untuk bela Anwar.. mcmana dgn suara? ke Ezam? hehe


Sifat warak dan imej Islam yang ditonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjaya mengaburi mata ramai pengikutnya sehingga mereka sukar untuk mempercayai tuduhan salah laku moral beliau.

Perkara itu diakui oleh salah seorang pengasas pertubuhan tersebut di Amerika Syarikat (AS), Dr. Azmi Omar yang menyatakan kebanyakan pelajar Islam Malaysia ketika itu mengagumi Anwar kerana kononnya berjuang menegakkan Islam.

Menurut beliau, 'perjuangan' Anwar turut menjadi aspirasi tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba ketika mereka bersama-sama membangunkan ABIM pada tahun 1986 hingga 1992 tanpa mengetahui perlakuan sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

''Memandangkan beliau bersama ABIM, pada mulanya agak sukar mempercayai perbuatan Anwar itu.

''Namun, sejak pertuduhan liwat pertama beliau, dan timbul banyak lagi keraguan mengenai Anwar dalam mahkamah, media dan maklumat di internet, menyebabkan saya tidak lagi mempercayainya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Sidek yang meninggalkan Anwar kerana salah laku moral walaupun mereka telah bersahabat karib sejak lebih 30 tahun lalu.

Keruntuhan moral merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa Sidek membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Sambil menyifatkan keputusan meninggalkan Anwar sebagai tepat, kata Azmi, Sidek merupakan seorang yang berpendirian apabila menjalankan kajian sebelum membuat keputusan terbesar itu.

Menurutnya, walaupun mengakui terlebih dahulu mengetahui mengenai Anwar, beliau tidak bercadang untuk menguar-uarkannya kerana menganggap dirinya hanya individu biasa.

''Apabila Sidek mengambil keputusannya, terdetik dalam hati saya bahawa keputusan itu sepatutnya sudah lama dibuat, tetapi mungkin beliau mahu mengambil masa lebih lama kerana mahu lebih teliti dan perlukan maklumat tertentu.

''Bagaimanapun, saya bukan antara 28 individu yang ditemui Sidek dalam pencariannya itu, hanya sebagai rakan karib dalam ABIM di AS,'' katanya.


About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply