» » HANGAT: Penyampaian pingat emas ACC 2013 tanpa lagu negaraku salah BN?



Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bakal membincangkan tentang isu kontroversi yang melanda pengurus trek berbasikal negara, Ibrahim Mustapha pada Mesyuarat Exco hari ini.

Perbincangan tersebut bakal menentukan sama ada Ibrahim akan dikenakan tindakan disiplin ataupun tidak berhubung kontroversi yang melibatkannya pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi bulan lalu.

Menurut Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab, perkara tersebut akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat itu selepas Ibrahim dikatakan menjadi punca acara penyampaian pingat emas pertama skuad trek kepada Muhammad Firdaus Mohd. Zonis di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, India berlangsung tanpa nyanyian lagu NegaraKu.

"Kita akan mengetahui keputusan insiden tersebut dalam mesyuarat nanti, di samping itu laporan mengenai skuad negara di ACC 2013 juga akan dibentangkan jadi exco akan membuat penilaian dan membuat kesimpulan mengenai tindakan selanjutnya," katanya.

Sebelum ini Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad telah menjelaskan bahawa masalah tersebut telah selesai dan insiden itu berlaku adalah disebabkan kelemahan tuan rumah sendiri.

Ibrahim yang juga Setiausaha PKBM turut diberi tanggungjawab sebagai pengurus Para Cycling dan dikatakan tidak berada di velodrom ketika upacara penyampaian pingat emas itu kerana berada di Taj Mahal bersama-sama atlet paralimpik negara.

Selain PKBM, isu tersebut turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong yang memandang serius insiden tersebut kerana melibatkan maruah negara.

Antara perkara lain yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut hari ini ialah Sirkit Ketiga NSC Malaysia yang dijangka akan ditangguh berikutan tiga negara, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply