» » Kakitangan Petronas ramai menyokong pembangkang?



Baik sungguh hati PM kita ni. Walaupun diketahui ramai kakitangan Petronas yang meyokong pembangkang. Hari ini PM umumkan memberi saguhati sebanyak RM 1000 kepada semua kaikatangannya.

Alahai mereka ni (majoriti kakitangan Petronas) bukannya pernah mahu bersyukur. Umum mengetahui mereka yang bekerja dengan Petronas rata-rata berpendapatan besar namun masih tetap menyokong pembangkang.


Mereka ini hidup mewah di dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh parti BN namun mereka tidak pernah mahu bersyukur kepada tangan yang menghulur. Katanya rezeki datangnya dari Allah.

Malah ada yang berkata kerajaan ambil lebih banyak dari mereka berbanding yang kerajaan beri kepada mereka. Namun harus diingat dalam harta yang kita miliki bukan semua milik kita, ada hak orang lain dalam harta kita itu. (fikirlah sendiri).

Yakinlah jika golongan yang tidak tahu berterima kasih ini masih dengan sikap mereka itu suatu hari nanti mereka pasti keperitan daripada tindakan mereka itu. Ketika itu jangan pula kata itu semua kerana BN ya.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran saguhati sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan kumpulan syarikat Petronas.

Perdana Menteri berkata ia diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja keras dan dedikasi mereka kepada syarikat.

"Ini bagi memberi keceriaan kepada kakitangan dan saya harap mereka akan membelanjakan wang ini dengan bijak," katanya ketika bertemu kakitangan Petronas, Selasa.

Beliau juga mengumumkan Petronas akan menyumbang sebanyak RM20,000 kepada setiap keluarga wira yang terkorban di Lahad Datu.

Di samping itu, syarikat itu juga akan menderma RM1 juta kepada tabung polis dan pasukan bersenjata katanya.- mstar online

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply