» » Mati ditikam ketika joging

Seorang lelaki maut ditikam ketika berjoging bersama keluarganya di Bukit Gasing di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Ong Ai Sam mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, dada dan paha.
Menurut jurucakap polis, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disahkan telah meninggal dunia.
"Mangsa mengalami pendarahan yang banyak serta mengalami kecederaan di badan, bahu dan paha. Paru-paru mangsa juga didapati bocor dipercayai akibat tikaman senjata tajam," katanya.
Menurut jurucakap itu, Unit Forensik, Unit Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dihantar ke tempat kejadian bagi membuat siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply