» » Skandal ranjang wajah Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan kepada rakyat terutama di Permatang Pauh mengenai pelanduk dua serupanya yang gagal dibawa ke Madrasah An-Nahdhoh semalam.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, kegagalan tersebut dikatakan berikutan tindakan 'personaliti' itu meminta bayaran yang lebih.
Semalam, Utusan Malaysia telah menerima kiriman e-mel daripada sumber yang mengandungi gambar didakwa klon kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Lelaki tersebut didakwa telah diupah untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia adalah 'individu sebenar' dalam beberapa video seks bertujuan menutup imej moral Anwar sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini .
Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:
1. Kami ingin bertanya kepada Anwar, apakah kegagalan membawa pelanduk dua serupa di Madrasah An-Nahdhoh malam tadi berkaitan dengan permintaan 'personaliti' itu yang meminta bayaran lima kali ganda lebih tinggi daripada bayaran asal.
2. Kami difahamkan personaliti itu meminta bayaran berkenaan kerana sekarang adalah musim pilihan raya dan mendapat maklumat bahawa pihak Anwar mempunyai wang bagi mengelirukan rakyat Malaysia dengan menggunakannya.
3. Kami tidak membuat tuduhan melulu, cuma mahu Anwar tampil memberi penjelasan sebenar kerana rakyat terutama pengundi di Permatang Pauh mahu tahu perkara sebenarnya.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Kes saiful dia dah menang, kes china doll tak bawak ke atas pun. Jadi apa yang Anwar runsing? Bersumpah dalam masjid depan Hadi Awang lebih baik, free je, publisiti lagi dahsyat....

    ReplyDelete