» » Subhanallah Al - Quran tidak rosak walaupun dihujani peluru

"Inilah kuasa Allah, dengan izinNya kitab ini terselamat walaupun surau ini kena tembakan dan bom. Inilah kukjizat al - Quran. "- Arsad Bakar.

Subhanallah, Allahu Akbar! Dari hati ucapan itu terpancul keluar di mulut.  Tiada kata lebih mulia untuk diucap selain memuji kebesaran Allah.

Perasaan gerun yang menyelubungi jiwa sewaktu melangkah masuk ke Surau Annur Tanjung Batu tiba-tiba lenyap apabila melihat empat naskah al - Quran yang ditempatkan dalam satu rak terselamat tanpa tembus atau koyak.

Sedangkan dinding berhampiran rak, penuh dengan kesan tembakan. Seolah-olah peluru dilencongkan dengan izin Allah daripada mengena kitab suci itu.

Sebelum melihat mukjizat pada empat maskah al - Quran tersebut perasaan kami diselimuti rasa ngeri.

Surau berkenaan yang terletak di tengah-tengah kamounh itu dihujani peluru di setiap sudut.

Waktu mula menjejakkan kaki ke surau tersebut, perkara pertama yang dipandang ialah ratusan kesan tembakan di dinding dan lantai surau.

Tatkala itu timbul persoalan, bagaimana jika ada jemaah sedang bersilat ketika peluru iru mengenai surau?

Nauzubillah. .. tidak mampu dibayangkan!

Namun rasa takut itu terus hilang sama sekali apabila kami bersama seorang penduduk kampung Arsad Bakar  menemui al - Quran yang terpelihara cantik dan elok.

Masya Allah benarlah tiada siapa dapat menandingi kekuasaan Yang Maha Berkehendak!

About Detektif Conan

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply