Sundalan yang dikaburi imej Islamik...
Salah satu kezaliman yang cuba dikaburi dengan imej Islamik Pas ketika zaman pemerintahan Pas di Terengganu ialah merampas dan menghalau kanak-kanak KEMAS.
Sesuatu yang amat menjanggalkan apabila sebuah parti yang kononnya begitu Islamik apabila menjadikan kanak-kanak tadika KEMAS yang tidak berdosa pun menjadi mangsa dendam. Hanya kerana tadika KEMAS beroperasi di bangunan milik kerajaan negeri mereka dihalang daripada mendapat hak untuk menimba dan menuntut ilmu.
Mulai awal tahun 2000, kanak-kanak tadika KEMAS dihalau dari balai raya dan lain-lain premis yang menjadi milik kerajaan negeri atau anak syarikatnya.
Ia membabitkan 391 premis dan 10000 pelajar. Kejadian 13 tahun lalu itu sudah tentu menginsafkan rakyat untuk berhati-hati dalam memilih kerajaan ia tidak boleh dibuat sesuka hati.
Kanak-kanak itu mungkin pada masa ini berusia 17 dan 18 tahun dan tentunya masih ingat tragedi tersebut dan kalau mereka tidak ingat, keluarga mereka, ibu bapa, abang dan kakak mereka boleh kembalikan ingatan pahit dari sebuah pemerintahan yang zalim dan kejam itu.
Rakyat tidak mahu penderitaan seumpama ini berulang lagi. Ini hanya satu dari beberapa kezaliman yang begitu banyak dilakukan oleh golongan yang bertopengkan Islam dan setelah berkuasa topeng itu terbuka dan terbongkarlah segalanya yang sebenar.
Justeru itu, rakyat jangan terpadaya lagi dengan janji-janji manis yang ditaburkan kepada rakyat jika diberikan kuasa semula.
Hadith Nabi S.a.w ada mengatakan yang orang Islam tidak akan masuk lubang biawak kali kedua, bermaksud tidak boleh tertipu beberapa kali, yang lepas perlu dijadikan iktibar dan pengajaran.
No comments: