» » Manifesto bukan janji.. kerajaan Pkr Selangor menang

BARISAN NASIONAL TIDAK PERLU TUNAI JANJI
Menifesto yang dikeluarkan oleh pakatan pembangkang di Selangor telah diisytiharkan sebagai bukan satu janji oleh mahkamah rayuan hari ini.
Mahkamah telah mengenepikan saman dari persatuan ibu tunggal yang menuntut elaun sara hidup untuk ibu tunggal sebanyak RM 10.9 juta daripada kerajaan Selangor.

Ini bermakna kerajaan Selangor tidak perlu untuk membayar elaun tersebut kepada ibu ibu tunggal di Seluruh negeri tersebut kerana ianya bukan satu janji namun ianya Sangkakala anggap sebagai janji kosong.

Dengan pengenepian mahkamah ini, negeri negeri dibawah pakatan pembangkang juga tidak perlu menunaikan janji dalam menifesto mereka lagi.

Begitu juga dengan Barisan Nasional, selepas ini rakyat tidak lagi boleh merungut tentang pembangunan yang dijanjikan di kawasan mereka oleh kerajaan kerana ianya juga bukanlah merupakan satu janji.

Namun apa yang dapat kita lihat sebenarnya ialah, pengenepian ini tidaklah begitu penting, tetapi ketelusan sebuah kerajaan yang berjanji kepada rakyat adalah aspek utama dalam ketelusan sesebuah kerajaan.

Kerajaan Selangor sepatutnya tidak membiarkan perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan sekiranya mereka telus dalam memperjuangkan nasib ibu ibu tunggal di Selangor.

Sebuah kerajaan yang benar benar telus sebenarnya dapat dilihat daripada pelunasan mereka terhadap janji dan dengan membawa perkara itu ke Mahkamah rayuan untuk diketepikan jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor hanya pandai berjanji namun tidak mungkin sama sekali dapat melunaskannya.

Menifesto yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang bahawa mereka akan melaksanakan itu dan ini maka dapat kita simpulkan disini jika tidak dilaksanakan maka rakyat tidak dapat berbuat apa apa lagi kerana menifesto bukanlah sesuatu yang diwartakan.

Malang sekali nasib para ibu ibu tunggal di Selangor yang dipermain mainkan oleh kerajaan negeri itu selama mereka memerintah dulu dan kini mereka (pakatan) diberi mandat sekali lagi dan ini akan membuatkan apa juga yang dijanjikan oleh mereka dalam menifesto baru baru ini tidak akan ditunaikan seperti mana yang lepas.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply