KOTA BHARU 4 Mei - Keceluparan mulut pemimpin-pemimpin Pas sudah tidak dapat dibendung lagi terutamanya apabila mereka semakin terdesak meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini.
Tanpa mengenai erti dosa dan pahala, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Melur, Wan Ismail Wan Jusoh semasa berucap pada ceramah perdana di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi dengan angkuhnya menyamakan orang UMNO seperti binatang ternakan yang sangat setia pada tuannya.
"Secara peribadi apabila hambo (saya) lalu dekat pos-pos UMNO ada orang tino (perempuan) orang jantan (lelaki) duduk di dalam pos kuat sungguh menyokong UMNO ini, hambo kata dia ini kalau dibandingkan dengan lembu lebih baik lembu," katanya. - UTUSAN ONLINE
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: