» » Warga Bangladesh dikenal pasti???... PM minta bukti!!!



Dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencuri kemenangan mereka adalah satu kepalsuan kerana BN tidak pernah melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi mereka gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tunjuk warganegara Bangladesh yang dikatakan mengundi, tunjukkan di pusat mengundi mana terdapat warga Bangladesh. Mereka tidak ada bukti.

"Mereka mendakwa bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi, tunjukkan lapangan terbang mana. Jangan tuduh sembarangan bahawa seseorang itu adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka gelap sedikit,'' katanya ketika berucap merasmikan Festival Belia Putrajaya di sini malam tadi.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply