» » » Apa yang Raja Bahrin mahu sebenarnya???

Sebelum PRU 13 malah sehingga sekarang isu berkenaan Pasar Payang yang akan dibina semula  hangat dibincangkan dan dipolitikkan. Yang cuba  menjadi heronya ialah Raja Bahrin yang dulunya pernah menjadi arkitek pembinaan Bazar Warisan dan Pulau Warisan.

Kewujudan Bazar Warisan sedikit sebanyak telah menjejaskan kaki Bukit Puteri yang menjadi warisan sejarah rakyat Terengganu. Begitu juga dengan kewujudan Pulau Warisan yang telah merubah muara Sungai Terengganu yang amat bersejarah dan merupakan warisan yang tidak ternilai.

Pembinaan kedua-dua ikon baru negeri Terenganu itu langsung tidak mendapat bantahan hebat sebelum dan selepas pembinaannya oleh Raja Bahrin.

Namun mengapa usaha memodenkan pasar payang kini hebat ditentang oleh beliau dan konco-konconya. Adakah kerana kerajaan negeri tifak menganugerahkan lakaran projek berkenaan kepada syarikatnya?

Hanya beliau yang mampu menjawabnya. Soal kebajikan peniaga bukan isu utama yang pembangkang ingin utarakan sebenarnya dalam mana-mana projek pembangunan tetapi ianya adalah platform politik atau keuntungan politik yang cuba diraih oleh pembangkang dengan memainkan sentimen hati dan perasaan rakyat.

Contoh yang paling dekat adalah pembinaan Bazar Tok Guru di Kota Bharu yang mendapat tentangan peniaga asal tapak itu akhirnya berputih mata apabila terpaksa akur dengan keputusan kerajaan Pas Kelantan.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply