» » Besut kawasan saya, saya tahu apa nak buat- Idris Jusoh

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan kekal milik Barisan Nasional.
Keyakinan itu disuarakan beliau memandangkan DUN Kuala Besut merupakan antara kubu yang terkuat di Parlimen Besut apabila memenangi majoriti selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
“Kalau kita lihat kedudukan kerusi memang kritikal, tapi kerusi Kuala Besut di Parlimen Besut tak kritikal. Kuala Besut adalah DUN terbaik daripada empat DUN di Parlimen Besut dengan majoriti 2,400,” katanya.
Namun katanya, BN perlu bersiap sedia menghadapi PRK yang bakal diadakan, walaupun keyakinan untuk memenangi kembali kerusi berkenaan kepada BN sangat tinggi.
Tambahnya, semalam satu mesyuarat telah diadakan dan mesyuarat susulan akan diteruskan pada Ahad ini berhubung penyelarasan dengan beberapa wakil pusat akan turun memperkemaskan lagi jentera.
“Jika 16-16, speaker akan buat kata putus, tapi bagi saya ianya akan kekal 17-15. Itu kawasan Parlimen saya, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.
A. Rahman ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.
Pada PRU13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu bagi Barisan Nasional (BN) setelah mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu kerusi. - ABN News

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply