» » Kisah Rindu Paling Agung dalam Sejarah

Kisah Rindu Paling Agung dalam Sejarah

Sayyidina Bilal bin Rabah merupakan juru adzan pertama dalam Islam yang juga merupakan pembantu Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wa Sallam.Beliau tidak dapat menahan rindu setelah kewafatan Baginda lalu meminta izin dari Sayyidina Abi Bakr radhiyallahu 'anhu,khalifah umat Islam yang pertama untuk berpindah keluar dari Madinah menuju Damskus, Syria.

Setelah beberapa lama berada di sana, beliau pada suatu malam telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wa Sallam yang menanyakan kepada beliau:
"Apakah engkau tidak lagi sudi menziarahiku?"

Maka apabila terjaga dari mimpi,beliau terus menuju ke Madinah Al-Munawwarah.Kehadiran beliau disambut oleh Sayyidina 'Umar Al-Khattab radhiyallahu 'anhu.Kemudian apabila tiba waktu solat.Sayyidina 'umar meminta agar Bilal mengumandangkan azan.Namun Bilal menolaknya dengan hormat kerana tidak sanggup menanggung kerinduan.

Namun setelah diminta oleh cucnda Nabi, Al-Hassan bin 'Ali radhiyallahu 'anhu maka beliaupun mengumandangkan azan.Maka keluarlah penduduk Madinah dalam keadaan bercucuran air mata kerinduan sehingga membasahi janggut mereka kerana terkenangkan hari-hari mereka bersama Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wa Sallam...

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply