» » » » » Asal usul hajarul aswad...

Ketika Nabi Ibrahim a. s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a. s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a. s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a. s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a. s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a. s. Nabi Ibrahim a. s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a. s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a. s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab

Apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Baihaqi dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat. la da­pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Sejarah awal mendedahkan secara kasar, Hajarul Aswad pernah pecah pada Za­man Pertengahan menjadi lapan ke­pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime­ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, mengatakan bahawa Hajarul Aswad berasal dari syurga. Juga diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka’b r.a, menerangkan bahawa Hajarul Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajarul Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Kesemua riwayat - riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.

Bagaimanapun, saintis Barat mem­pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru­laswad dari syurga sememangnya adalah benar.

An-Najjar meyakinkan dunia Is­lam bahawa kajian itu tidak akan me­rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye­lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarul Aswad bersaiz mikro.

Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un­tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Hajarul Aswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele­takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajarul Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan pula oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Pada tahun 606 M, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kota Mekah mengalami banjir besar yang menyebabkan kerosakan teruk pada Kaabah. Setelah selesai kerja-kerja membina dan membaikpulih semula Kaabah, timbul satu pertelingkahan dalam menentukan siapakah yang paling berhak meletakkan Hajarul Aswad pada Kaabah. Pertumpahan darah hampir-hampir berlaku di antara kabilah-kabilah di Mekah.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang yang mula-mula sekali memasuki pintu Safa adalah Nabi Muhammad dan dengan ini maka Bagindalah yang paling berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad itu di tempatnya.Namun begitu, untuk memberi peluang kepada ketua-ketua kabilah yang lain membawa Hajarul Aswad ke Kaabah maka Baginda telah melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada.

Hajar Aswad diletakkannya di atas serban tersebut lalu Baginda meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan mengangkatnya secara bersama-sama. Setelah Hajarul Aswad sampai di Kaabah, Nabi Muhammad memegang Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya. Tindakan ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Awalnya, Hajarul Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), (seorang ahli sejarah kelahiran Mekah) bahawa Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajarul Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah.

Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 809M=189 H, Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Bani Abbasiah (786-809 M), ketika Baginda melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajarul Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan pada tahun 1268 H oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Daulah Uthmaniah ( 1225-1277 H=1839-1861 M ). Baginda telah menghadiahkan sebuah lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajarul Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.

Lingkaran emas itu kemudian diganti semula dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Kemudian pada tahun 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad atau Muhammad V, ( 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru.

Sehingga ke hari ini, Hajarul Aswad sering dililit dan dilingkari dengan lingkaran pita perak demi untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya

sumber

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply