» » » Bekas calon PKR Bukit Besi saman Haji Hadi

BEKAS calon PKR Bukit Besi dalam PRU 13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 tahun akan menfaikan saman malu ke atas Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang kerana menuduh calon PKR, termasuklah dirinya sebagai pengedar pil kuda. Itu suatu fitnah dan menjatuhkan reputasi saya.

Ini adalah saman malu kerana kenyataan Haji Hadi itu adalah fitnah menyebabkan maruah dirinya tercemar dan menyebabkan hidup dirinya dalam kemurungan berikutan tuduhan itu.

Ini Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang.

Ia ekoran dari kenyataan Presiden Pas ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan “ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis”.

Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja ‘haram’ iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dalam ucapan itu, Haji Hadi turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri, Pas dan PKR di Terengganu.

Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Klik Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply