Polis tidak menolak kemungkinan balas dendam adalah motif di sebalik kejadian seorang guru penolong kanan maut ditembak selepas bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini semalam.
Hashim Mat Zain, 43, berkemungkinan ditembak oleh penjenayah yang
diupah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.
Sehubungan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang giat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu dalam usaha mengesan penjenayah yang terlibat.
“Berdasarkan maklumat awal, polis percaya motif pembunuhan guru ini ada kaitan dengan balas dendam. Siasatan awal juga mendapati mangsa menjalankan pelbagai perniagaan antaranya balak, jualan langsung dan kontrak kantin sekolah,” katanya.
sumber
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: