Pemimpin Pas mempertikaikan kerajaan BN meluluskan beberapa projek utama untuk kepentingan rakyat Kuala Besut, kononnya kerana Pilihanraya Kecil.
Kerajaan BN setakat ini mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan RM387.4 juta.
Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pembinaan Empangan Lowvier.
PAS mendakwa semua projek yang diumumkan kerajaan BN itu hasil perjuangan dan kempen yang kononnya mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan, dakwaan Dr Hatta Ramli, Pengarah Strategi Pilihanraya PAS Pusat.
Apa jua pembangunan dan bantuan untuk faedah rakyat adalah dikira sebagai ibadah, itu keyakinan kita sebagai seorang Islam sepertimana telah ditegaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Pemimpin Pas lupa, akibat perbuatan salah laku mereka semasa mentadbir Terengganu pada tahun 2003 kerajaan negeri berdepan dengan tuntutan saman RM1 billion, suatu angka yang amat besar. Klik Sini
No comments: