» » Hukuman berat menanti pesalah ragut...

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menggesa semua hakim agar bertindak tegas dan menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah yang disabit dengan jenayah jalanan, termasuk ragut serta rasuah.

Beliau berkata, hukuman yang bakal dijatuhi harus mencerminkan atau menjadi satu amaran keras bagi menangani jenayah berkenaan.

"Saya meminta semua hakim di semua peringkat supaya mengenakan hukuman yangsetimpal dengan perbuatan mereka ini, yang menjadi perosak kepada ketenteraman negara kita," katanya pada majlis mengangkat sumpah enam pesuruhjaya kehakiman yang baharu dilantik di sini, Isnin.

Arifin berkata, mahkamah juga harus lebih peka dalam mempertimbang hukuman setimpal untuk pesalah terbabit.

"Hukuman yang bakal dijatuhi itu harus berupaya mengubah pesalah menjadi manusia yang lebih baik, dan pada masa sama, mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan serupa," katanya.

Arifin berkata, dalam sesuatu kes jenayah, keadilan bukan hanya untuk tertuduh kerana mangsa juga perlu mendapat keadilan.

Pada majlis itu, pengerusi Lembaga Parol Wong Teck Meng, 54, serta tiga Hakim Mahkamah Sesyen S.M. Komathy Suppiah, 54, Datuk Rozana Ali Yusoff, 53, dan Abu Bakar Katar, 53, mengangkat sumpah bersama dua peguam S. Nantha Balan, 53 dan Abu Bakar Jais, 51.

Dalam ucapannya, Arifin berkata, Akta Saraan Hakim 1971 akan dipinda dalam masa terdekat bagi memasukkan satu opsyen bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bersara sebelum usia 60 tahun.

Beliau berkata, hakim yang tidak sihat atau kurang berminat dengan tugas mereka boleh memilih opsyen ini dan mereka mencari kerjaya yang lebih menepati kehendak masing-masing, atau menikmati tempoh persaraan lebih lama.

Pada masa ini, umur persaraan wajib hakim ialah 66 tahun.

Arifin berkata, dasar pemisah atau 'exit policy' sudah dibincang dan dipersetujui sebulat suara pada Persidangan Majlis Hakim-Hakim Malaysia kali ke-47 di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Beliau juga berkata, hanya pesuruhjaya kehakiman yang mempamer keupayaan dan prestasi cemerlang akan disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply