Seperti telah kehabisan modal, Pas cuba mencipta isu mengarut kononnya berlaku perselisihan faham antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dengan Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Bertujuan untuk melemahkan jentera parti isu ini telah dijadikan modal kempen di pilihan raya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut).
Idris yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Besut, ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan itu, menafikannya sekali gus menegaskan ia hanyalah isu yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang.
Menurut Idris, pemimpin Pas itu sudah kekeringan modal apabila terpaksa memainkan isu berkenaan selepas gagal mengetengahkan calon terbaik kepada rakyat di Kuala Besut.
“Dia (Pas) memang kena buat isu, tak ada masalah. Kita (beliau dan Ahmad Said) boleh bekerja bersama-sama. Bila tak ada modal, dia carilah modal. Calon dia pun tak larat, parti pun tak larat. Dia cucuk kita. Dia cucuklah, biasalah,” katanya.
Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum ini mendakwa ‘pertembungan’ dan perbezaan pendapat antara Idris dan Ahmad Said akan dapat membantu kemenangan Pas di PRK Kuala Besut. Klik Sini
No comments: