WALAUPUN pihak Kerajaan Negeri memberi penjelasan beberapa kali isu berkaitan tanah di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut, pembangkang khususnya PAS seperti biasa menolak penjelasan Pejabat Tanah Daerah Besut, dalam bahasa yang paling sesuai, “PAS Terpaksa Buat Tuli”.
Perkara itu dibangkitkan bagi menutup kegagalan dan ‘kebodohan’ pemimpin PAS mentadbir Terengganu pada tahun 1999 hinga 2004 yang diketuai Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Kerana kering idea untuk meraih sokongan pengundi di DUN Kuala Besut, PAS mengulang dan menghangatkan cerita lama.
Untuk meraih simpati rakyat bagi mengundi calon PAS yang ‘lebih pentingkan stor kayu berbanding rakyat Kuala Besut’, PAS menyingkap kembali kisah yang berlaku pada bulan Oktober 2012 dengan menuduh 4 keluarga telah kehilangan tempat tinggal kerana dirobohkan oleh kerajaan negeri tanpa notis.
Hakikatnya, perobohan tersebut dibuat selepas beberapa kali notis diberi. Kewujudan penempatan sementara bermula ketika era pemerintahan PAS dari tahun 1999 sehingga tahun 2004. Ketika itu lot tanah dikatakan diagih kepada penyokong-penyokong PAS dan bukannya penduduk tempatan.
Menyedari tanah tersebut bukan milik mereka secara sah, segelintir penyokong PAS yang menerima tanah tersebut menjual tanah tersebut dengan harga yang murah tanpa mengikut prosedur yang dikenakan pihak berkuasa tempatan.
Cuma 4 buah rumah didirikan di tapak tersebut kerana yang lainnya tidak berani mendirian rumah di situ kerana mengetahui tanah tersebut bukan milik mereka yang sah. Cuma satu keluarga yang enggan berpindah kerana kedegilan mereka. Keluarga lain berpuas hati walaupun terpaksa berpindah kerana kerajaan telah membayar ganti rugi dan rumah baru untuk didiami secara percuma.
Notis perpindahan telah diberi sebanyak dua hingga tiga kali dalam masa setahun sebelum perobohan. Rumah baru yang disediakan kepada keluarga yang diminta berpindah jauh lebih baik dari rumah yang dirobohkan. MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said ketika itu menjelaskan mereka boleh mendiami rumah baru itu secara percuma.
Pemilik asal tanah yang telah menjual tanah tersebut pasti menyesal kerana rumah yang digantikan kepada keluarga yang dirobohkan rumah di tapak terbabit kini mendiami rumah berharga hampir RM100,000 secara percuma.
No comments: