» » Perfume berbau sperma mendapat sambutan hangat

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi berimej pelik, Lady Gaga ni kan..Kalau dah pelik tu, sampai nak cipta produk pun jadi yang pelik-pelik..Aku tak kisah sangat dengan idea penyanyi nak cipta produk perfume sendiri, tapi aroma perfume tu pun dah semacam ja..Agak-agak korang la, macam mana perfume bau sperma ni ekk? Apa pun, meh terjah cerita kat bawah ni dulu..
Mungkin ada sesetengah orang yang tertunggu-tunggu akan perfume terbaru Lady Gaga yang dikatakan mempunyai aroma sperma dan darah. Setelah aroma perfume yang aneh tersebut dibocorkan, baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘You and I’ itu mendedahkan botol perfume jenamanya.
Penyanyi tersebut mem-posting botol perfume terbarunya di Twitter. Penyanyi 26 tahun itu terpaksa mendedahkan rekaan perfumenya, setelah majalah Flare membocorkan maklumat mengenai reka bentuk botol perfume bernama ‘Fame’ itu.
“Looks like photos of my perfume are being leaked. Oh you fashion editors, I could just crinkle my hands at you!” tulis Lady Gaga di Twitter miliknya.
Gaga berasa terkilan dengan sikap editor dari majalah tersebut yang telah membocorkan maklumat mengenai perfumenya itu. Perbuatan ‘jahil’ si wartawan tersebut telah membuat Gaga mengambil tindakan dengan mendedahkan produk perfumenya ke seluruh dunia melalui Twitter.
Kemasan botol perfume yang telah lama di tunggu-tunggu itu di dominasi dengan warna ungu dan emas. Warna emas terdapat pada penutup botolnya yang berbentuk seperti prisma.
Gaga juga telah mendedahkan beberapa perkara tentang perfumenya. Penyanyi yang mendapat jolokan ‘Mother Monster’ oleh para peminatnya itu menjelaskan bahawa perfume pertamanya itu khusus untuk golongan wanita.
“My perfume was designed for women, but a lot of my gay friends wear it,” tulis Gaga lagi.
Walaupun Gaga menyebut perfumenya beraroma seperti sperma dan darah, sebenarnya perfume tersebut tidak diperbuat dengan bahan-bahan yang menjijikkan itu.
Jika dilihat dari kandungan yang ada di belakang kotak botol perfumenya, ia hanya diperbuat daripada bahan-bahan dengan nama yang cukup aneh seperti tears of belladonna, crushed heart of tiger orchidea with a black veil of incense, pulverized apricot dan the combinative essences of saffron and honey drops.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply