Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?
Kalau mati nanti entahla berapa del yang akan kita rasa. Namun apa yang pasti kesakitan ketika menghadapi kematian semestinya tidak akan tertanggung oleh manusia. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari apa yang cuba saya sampaikan di sini.
Di hari yang baik, di bulan yang baik ini marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita agar kita tidak tergolong di kalangan manusia yang rugi.
Janganlah sekali-kali kita menderhakai kedua ibu bapa kita. Sesungguhnya amat besar jasa mereka dan kita pasti tidak akan mampu membalas jasa mereka.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".
- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
sumber
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: