Anak saya bukan untuk dijual! Biar kami hidup susah dan merempat, asalkan kami bertiga dapat bersama,” kata Maya, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki Isnin lalu.
Maya sebelum ini sarat mengandung dan suaminya ditemui ketika menjadikan jejambat Jalan Kinabalu bersebelahan Sungai Klang sebagai tempat berteduh bertekad tidak mahu ‘menjual’ anak mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Maya, sejak kisahnya dilaporkan akhbar ini Ahad lalu, dia tidak henti-henti didatangi individu yang menawarkan diri untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Malah, ada beberapa individu yang datang menawarkan wang RM8,000 hingga RM10,000 semata-mata untuk mendapatkan anaknya.
“Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya. Dia bukan untuk dijual. Dialah satu-satunya harta kami. Biarlah kami susah sekalipun, kami akan tetap menjaganya dan tidak akan sesekali memberinya kepada orang lain.
“Selama ini kami tidak berduit dan tidak berharta, malah hidup merempat tetapi kami masih boleh hidup hingga kini. Kenapa bila sudah beranak, kami tidak boleh meneruskan kehidupan?
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: