» » » Terharu Lihat Lakaran Terakhir Hanis Balqis

Seorang daripada empat mangsa lemas di sungai berhampiran Taman Sri Krubong, Melaka, Ahad lalu sempat membuat lakaran dalam sebuah buku kecil, sembilan hari sebelum kejadian.
Hanis Balqis Fadzli, 7, yang merupakan mangsa paling muda membuat lakaran berkenaan untuk tatapan keluarga, bagaimanapun hanya disedari keluarganya sehari selepas kematian mangsa.
Lakaran yang turut mencatatkan senarai nama orang disayangi ditemui abang sulung mangsa, Mohd Hikram Fadzli, 10, di almari televisyen, Isnin lalu.
Hikram kemudian menunjukkan buku berkenaan kepada ibu bapanya, Norazlinda Abd Mutalib dan Fadzli Ismail, masing-masing berusia 30 tahun, menyebabkan kedua-duanya terkejut.
Menurut Fadzli, Hanis atau nama panggilannya, Antik memang gemar melukis dan mewarna, namun belum pernah melakarkan gambar dan nama keluarga.
“Ini kali pertama saya melihat Antik melukis dan menulis satu persatu nama ahli keluarga yang disayanginya. Dia tak pernah buat begini sebelum ini.
“Lebih mengejutkan, lakaran turut dicatatkan tulisan ’12 Julai 2013′ iaitu hari Jumaat dipercayai tarikh lakaran itu dibuat seolah-olah mangsa mahu memberitahu kita bila lukisan ini dibuat,” katanya ketika ditemui selepas majlis kenduri arwah di kediamannya di Taman Sri Krubong Fasa 4, malam kelmarin.
Sementara itu, Norazlinda berkata, banyak perubahan sikap ditunjukkan Antik dan abangnya, Mohd Hazimi, 9, beberapa hari sebelum ditemui mati lemas.
“Antik tak pernah cakap dia sayang saya dan suami, tapi beberapa sebelum kejadian dia cakap ‘kakak sayang ibu, kakak sayang abah’,” katanya.
Sementara Hazimi pula, katanya, tidak bermain jauh sejak seminggu lalu, sekadar kawasan berhampiran dan tidak mahu mengikut balik ke rumah datuknya yang terletak berhampiran apabila diajak.
Sementara itu, katanya, Antik dan Hazimi yang merupakan anak ketiga dan kedua daripada lima beradik itu sebelum ini ada memberitahu, bahawa mereka bermimpi ditarik serta sesuatu yang menakutkan.
“Antik kata dia mimpi kena tarik tapi tak beritahu pula ditarik dengan apa. Hazimi pula beritahu dia mimpi sesuatu yang menakutkan. Tetapi, saya tak ambil kisah,” katanya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply