» » The Star bukan lagi pro BN...

Tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
menimbulkan persoalan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, artikel Joceline itu seolah-olah memperlihatkan kemungkinan akhbar tersebut mempunyai agenda untuk mewujudkan 'publisiti negatif' terhadap pemilihan UMNO akan datang.

"Apakah pihak The Star mempunyai niat untuk mewujud dan mencorakkan persepsi buruk terhadap UMNO?

"Kita juga meminta pengurusan The Star menjelaskan mengenai perkara ini benar atau tidak. Setahu kita ada pihak terutamanya pakatan pembangkang yang cemburu terhadap kestabilan dalam UMNO justeru mereka cuba menggunakan pemilihan parti akan datang untuk mewujudkan provokasi bagi memecah-belahkannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Joceline dan seorang lagi wartawan The Star dalam artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini menyentuh kenyataan Syed Ali yang meminta Ketua Wanita UMNO itu memberi laluan kepada muka baharu menerajui pergerakan tersebut.

Dalam pada itu tambah Mohd. Puad, pihaknya yakin terdapat dalang dalam kalangan pakatan pembangkang yang cuba mencetuskan huru-hara dalam UMNO.

"Kita harap kepimpinan UMNO akan ambil tindakan tegas terhadap dalang-dalang yang mahu mencetuskan huru-hara dalam proses pemilihan parti yang akan datang ini," katanya.

Kita yakin dan percaya The Star bukan lagi satu akhbar yang boleh dilabelkan sebagai pro BN kerana ini bukan kali pertama The Star menerbitkan artikel yang mamou memberi tanggapan negatif kepada kerajaan BN mahupun UMNO.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply