» » Tian Chua akui walau apa keputusan PRK, kerajaan BN tidak tergugat.

Yang Dipertua DUN Terengganu mempunyai kuasa pemutus jika DUN 16 - 16
Sinar Harian 28 Jun 2013 melaporkan mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat? Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16 berikutan dengan kematian Dr. Abdul Rahman Mokthar adun Kuala Besut. 
Naib presiden PKR Tian Chua mempunyai pendapat  sekiranya Pas memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya negeri Terengganu tidak perlu diadakan semula. 
Katanya  "Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri. Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa,"
Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu Haji Azhar Jusoh ketika dihubungi Terengganu Today mengesahkan keyataan Tian Chua adalah benar dan selaras dengan  fasal 42(3) Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Terengganu yang memperuntukan sekiranya keputusan undian adalah seri, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," 

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply