» » » Aidil Akhirnya Ceraikan Rita Rudaini Dengan Talak Satu

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Klik Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply