» » Beri peluang orang muda bertanding MT


Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata golongan muda harus diberi peluang bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.  
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu berkata Umno Pulau Pinang akan memberi sokongan kepada golongan muda kerana mereka adalah barisan pelapis.
Dr Hilmi, yang juga Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, berkata beliau sendiri tidak akan bertanding bagi merebut sebarang jawatan dalam kepimpinan pusat parti. 
"Saya pernah dua kali jadi MT dan cukuplah, saya tidak mahu bertanding lagi dan kita bagi sokongan kepada orang muda untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) semalam - seterusnya
1. MiM percaya transformasi parti UMNO mesti bermula dengan menolak pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak perform dan terlalu lama dengan jawatan yang dipegang.  

2. Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya sedar sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan memberi peluang kepada pelapis yang lebih muda untuk membolehkan proses rejunivasi dan percambahan idea-idea yang lebih relevan dengan masa kini. 

 3. Sebagai penganalisis politik dan juga salah seorang wakil ahli UMNO yang akan mengundi di pemilihan kepimpinan UMNO tidak lama lagi, MiM akan mulai menyenaraikan calon-calon yang MiM dan rakan-rakan yakin akan meneruskan transformasi parti UMNO/BN dan kerajaan.
 

4. Penyenaraian ini sangat penting untuk membolehkan ahli-ahli UMNO menilai sendiri calon-calon yang akan bertanding supaya kita tidak tersilap pilih terutamanya ketika parti bakal menghadapi PRU14 yang dianggap paling sukar dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional. 

5. Sudah tiba masanya untuk MiM membantu fokuskan usaha untuk memastikan kepimpinan UMNO yang berdepan PRU14 adalah yang terbaik.
6. Cukuplah dengan calon-calon MT dan Pemuda UMNO yang lantang dan rajin turun ke akar umbi hanya ketika kempen tetapi selepas itu susah untuk bertemu dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberi. 
 

7. Jika diberi jawatan-jawatan penting, pemimpin-pemimpin ini bukannya memudahkan pentadbiran Najib Razak tetapi kerap menjadi liabiliti parti dan kerajaan hingga menyusahkan jentera media alternatif pro-UMNO untuk mempertahankan parti.

8.  Dengan protokol mengundi yang berbeza dan melibatkan lebih ramai lagi akar umbi wakil UMNO di peringkat cawangan dan bahagian, maka adalah mandatori MiM dan rakan-rakan untuk memilih calon-calon yang terbaik untuk diketengahkan supaya akar umbi wakil UMNO lebih tahu bakali-bakal pemimpun mereka.

9. Status Menteri atau Timbalan Menteri dalam kepimpinan tertinggi UMNO dan sayap-sayap parti yang diketahui tidak akan membantu proses transformasi parti UMNO mesti ditolak demi kesinambungan parti UMNO.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply