» » "Cari kaki saya"

“Tolong carikan kaki saya, encik,” raung penunggang motosikal, P Ravindran, 51, kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya mencari kaki kanannya yang terputus akibat bertembung sebuah kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Lesung Batu-Machap Umbo, dekat Alor Gajah, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona.
Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri.
Dia turut tercampak kira-kira 10 meter.
Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, kami terkejut melihat seorang lelaki terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil meraung meminta tolong.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply