» » Isteri maut kereta jatuh gaung

Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu suaminya terjunam ke dalam gaung dalam nahas di Jalan Kampung Sarapong, Ranau semalam.
Ketua Polis Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa Halisah Raibin, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Bagaimanapun, suami mangsa Yasik Atim, 40, dan enam anaknya (dua lelaki dan empat perempuan) yang berumur antara enam dan 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya Yasik yang memandu kenderaan jip jenis Suzuki sedang dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Kampung Mohimboyon.
“Pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter,” katanya sambil menambah kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik.
Abdul Rahman berkata spesimen darah pemandu telah diambil untuk dianalisa.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply