» » Isytihar harta: Pemimpin pakatan hipokrit

Sikap hipokrit pemimpin pembangkang terserlah dalam isu pengisytiharan aset dan harta dengan memberikan bermacam-macam alasan.

Isu bermula apabila Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan nilai aset masing-masing kononnya untuk menunjukkan dasar ketelusan dan keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

Apa yang berlaku setelah itu agak memeranjatkan kerana berlakunya adegan bertikam lidah antara pemimpin tertinggi parti pembangkang mengenai isu tersebut.

Seharusnya jika isu itu telah dipersetujui dan menjadi sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang sudah tentu polemik ini tidaj berbangkit.

Jelas pertengkaran yang berlalu antara Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menunjukkan pembangkang tidak sepakat dalam isu dan kemungkinan besar tidak akan mencapai persetujuan umum.

Setelah kerajaan negeri Pulau Pinang mengorak langkah tersebut, Karpal merasakan tindakan yang sama juga perlu di sambut oleh dua buah lagi negeri yang di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan.

Karpal mahu anggota-anggota Exco dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Dap, Pas dan PKR di negeri-negeri tersebut juga mengisytiharkan harta masing-masing.

Ini membuat Anwar berang yang memberi pelbagai alasan supaya perkara ini dielakkan.

Anwar memberi alasan bahawa mereka yang memegang jawatan awam sahaja yang patut mengisytiharkan harta dan aset mereka dan selain mereka dikecualikan.

Antara lain beliau mahu perkara ini dibincangkan pada peringkat majlis pimpinan pembangkang.

Ini agak ganjil kerana sejak tahun 2009, pembangkang sudah bersetuju untuk bersikap terbuka dalam pentadbiran mereka apatah lagi isu ini telah ditekankan lagi dalam Buku Jingga yang menggariskan dasar dan program mereka.

Sikap berdolak-dalih pembangkang sudah menjadi bukti kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak serius untuk mempraktikkan apa yang mereka katakan dalam erti kata lain cakap tak serupa bikin.

Adakah Anwar cuba mempertahankan dan melindungi beberapa kerat pemimpin pembangkang yang amat berlainan sekali gaya hidup mereka lima tahun setelah pembangkang memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Jika sebelum Pilihan Raya Umum 2008, kebanyakan pemimpin pembangkang dilihat 'sengket' dan menjalani taraf kehidupan yang tidak jauh berbeza dengan masyarakat biasa.

Bagaimanapun setelah sepenggal memerintah, ramai daripada anggota Exco umpamanya sudah bertukar gaya hidup yang lebih mewah.

Kereta yang dipandu tidak lagi hanya Proton tetapi berjenama asing.

Kalau dahulu hanya tinggal dipangsapuri atau rumah kos rendah tetapi kini sudah mampu memiliki runah yang mencecah lebih RM1 juta seunit.

Malah ada yang tidak cukup sebuah rumah kediaman tetapi mampu membeli beberapa aset dan hartanah sebagai pelaburan masa depan.

Ada juga yang sudah memiliki premis perniagaan yang dijalankan oleh kroni-kroni mereka.

Mungkin senario 'orang kaya baru' atau 'nouveau riche' yang kini sudah menjadi budaya baru pemimpin-pemimpin pembangkang.

Jutawan baru di kalangan pemimpin pembangkang yang memegang jawatan di dalam pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja menjadi realiti tetapi juga bahan mulut rakyat.

Mungkin jika anggota Exco di Selangor dan Kelantan mendedahkan kepada umum jumlah aset dan hartanah yang mereka kumpul sepanjang memegang jawatan awam, sudah tentu rahsia besar mereka akan turut menjadi teropongan rakyat.

Seboleh mungkin pembangkang mahu terus mengaburi mata rakyat dengan sloganan bertonggakkan rakyat berkaitan konsep keadilkan, ketelusan, kesamarataan dan sebagainya.

Jika tembelang mereka didedahkan dengan menunjukkan kekayaaan yang telah dikumpul dalam masa yang singkat semasa memegang kuasa sudah tentu saham politik mereka akan jatuh merudum.

Rakyat tidak akan percaya lagi kepada segala cakap-cakap kononnya pembangkang pejuang rakyat dan memperjuangkan pentadbiran yang bersih, telus dan adil.

Pembangkang akan terus berdolak dalih dan mencari jalan untuk mengelak mengisytiharkan harta mereka kerana telunjuk mereka lurus mencari kesalahan orang lain tetapi hakikatnya kelingking mereka berkait sebab mereka sendiri yang melakukan perbuatan yang sama.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply