» » Kenapa Bunuh Cicak?


Dalam kisah penghijrahan orang Islam ke Madinah,Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar RA bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda SAW.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah SAW di dalam gua itu?

Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK di dalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah SAW hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah SWT, sang labah-labah telah membantu Rasulullah SAW dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia di dalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.

Terdapat juga hadis mengatakan:

1. Riwayat dari Ummu Syarik: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW menyuruhnya membunuh cicak”.
2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya Nabi Muhammmad SAW menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah.”
3. Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”.

Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah SAW menyuruh untuk membunuh cicak. Baginda SAW berkata: "Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".

Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah RA.Di kediaman beliau, perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:" Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah RA menjawap:"Untuk membunuh cicak". Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah SAW: "Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".

Jadi, jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim AS,ia malah mengkhianati Rasulullah SAW, amatlah wajar kita membunuhnya bukan?

Wallahualam

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply