» » » Kerajaan Pas Kedah bedal duit rakyat...

Nampaknya adun-adun Pas Kedah, sudah tersilap langkah, hasrat depa nak serang Kerajaan BN sekarang dalam isu KUIN nampaknya hancur lebur apabila peluru yang mereka lancarkan pagi tadi sudah terkena kepala sendiri.

Ada adun Pas mempertikaikan kenapa pembinaan asrama di Kuala Ketil dihentikan. Menjawab soalan demikian, Adun Tanjung Dawai kata, kontraktor yang hentikan pembinaan tu sendiri kerana mengikut kronologi, pada zaman Pas tandatangan kontrak dulu, yang luluskan kontrak hanyalah mantan MB, mantan CEO KUIN dan Pengarah KBSB Sdn Bhd.

Kontrak ditamatkan selepas KUIN tidak menandatangani perjanjian PFI yang telah didesak oleh KBSB kepada KUIN dulu. Mereka hanya menerima perjanjian seperti mana dipersetujui secara bersama semasa pemerintahan Azizan. Bermakna pembinaan bermula tanpa apa-apa perjanjian dan hanya dua orang saja yang tahu.

Tiba-tiba bila Kerajaan negeri baru, KBSB mendesak untuk membuat perjanjian, sedangkan kerajaan sekarang tidak tahu apa-apa kerana tiada perjanjian yang sah! Sebab tu kontrak dihentikan! Teruknya Pas buat kerja dulu, buat bangunan tanpa perjanjian dan detail kontrak, kalau runtuh bangunan tu, nak salah siapa?

Pas pertikaikan kenapa Kerajaan BN Kedah sekarang memindahkan pelajar balik ke Mergong dari Kuala Ketil, kerana ia melibatkan kos yang tinggi!

Adun Tanjung Dawai jawab,

Kos penempatan dan pemindahan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang masih kecil jika nak dibandingkan dengan Pas dulu, sebab Pas dulu membelanjakan RM12.5 juta hanya untuk memindah 1500 pelajar KUIN ke Kuala Ketil.

Pehh.. mahainya kos pindah, sampai juta-juta.

Kalau 12.5 juta tu dibahagikan kepada 1500 pelajar KUIN. Bermakna seorang pelajar KUIN yang dipindahkan tu, boleh dapat RM8000 seorang!

Perghh.. kos pindah zaman Pas dulu, hanya nak ke Kuala Ketil saja sampai RM8000 seorang? RM8000 tu boleh beli tiket flight ke London tauu!

Patut la zaman Pas dulu takdak duit, rupanya depa dok buat kerja rembat duit macam ni!!
-kedahkekl

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply