» » Lagi penyokong tinggalkan Anwar

Petang tadi sekitar jam 2 bertempat di Restoran LOTUS, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya telah berlangsung sidang media oleh YUKTESVARAN A/L MALAIPAN- Bekas Pembantu Khas SANKARA NAIR (peguam DSAI).

Seramai lebih kurang 25 orang yg terdiri daripada NGOs dan wartawan telah hadir dalam sidang media tersebut.

Antara yg dikenali RAMESH RAO - Pengerusi Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin dan V.MUNIANDY - Peguam.
Intipati sidang akhbar:-

a) Meminta pihak polis ambil tindakan terhadap laporan polis yg dibuat semalam di klang dan 17 JUL 2013 di TRAVERS.

b) Menyeru DSAI supaya memberi keterangan mengenai sijil sakit dr hospital awam yg dikemukakan di mahkamah bagi tujuan menanguhkan kes, turut mendakwa bahawa sijil sakit tersebut adalah palsu dan ianya telah diuruskan oleh chegu Bud (Badrul Hisham).

c) Mendakwa DSAI adalah seorang penipu di mana beliau telah mengenali DSAI sejak bekerja dgn peguamnya selama 21/2 tahun.

d) Meminta DSAI menunjukkan bukti terhadap tuduhan 40k warga bangladesh mengundi BN pada PRU ke-13.

e) Menuduh DSAI sering menggunakan pemerhati dari badan antarabangsa utk mengambarkan bahawa beliau dianiaya oleh Kerajaan dan Badan Pemerhati Antarabangsa ini juga sering memberi gambaran buruk terhadap Malaysia di luar negara.

f) Ramai pengikut DSAI telah meninggalkan beliau setelah mengetahui penipuan beliau, namun terdapat segentir pengikut masih mengikuti beliau demi agenda politik mereka.

g) Peguam bela DSAI dlm kes liwat saiful bukhari berjaya merekakan satu bukti yg menyatakan Saiful telah memasukkan sesuatu dlm zuburnya dgn sendiri dan ianya telah dipercayai oleh Hakim.

h) Menyatakan beliau mempunyai email dan dokumen yg diterimanya sebagai barang bukti dan jika beliau disaman oleh DSAI beliau akan mengemukakan semua dokumen sebagai barang bukti.

i) Menegaskan DSAI harus menjawab kpd rakyat tentang tuduhan2 ini.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply