» » Murid 8 tahun maut dilenyek lori

Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.

Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.

Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.

Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.

Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.

“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,” katanya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply